Categories

Newsletter

Segala urusan jual-beli dan perkidmatan yang ditawarkan di laman web www.manjakaki.com.my adalah tertakluk kepada terma & syarat-syarat di bawah. Dengan membuat pesanan di laman web ini, anda dengan ini telah membaca,  memahami dan bersetuju dengan Terma & Syarat-Syarat berikut:

Harga

Harga yang dipaparkan adalah dalam matawang Ringgit Malaysia (RM). Harga adalah betul ketika waktu membuat pesanan. Setiap pesanan adalah tertakluk kepada stok yang ada.

Kod Diskaun

Kod diskaun boleh ditawarkan dari semasa ke semasa kepada pelanggan yang berdaftar dengan kami; yang mana kod tersebut boleh digunakan melalui akaun pelanggan yang ditawarkan. Sekiranya tiada tempoh penggunaan diskaun dinyatakan, kod diskaun tersebut boleh digunakan selama 3 bulan dari tarikh tawaran.

Maklumat produk

Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa segala  maklumat, penerangan, isi kandungan, foto dan harga yang tertera adalah  tepat pada waktu data tersebut dimasukkan ke dalam sistem kami. Kami  sentiasa berusaha memastikan agar laman web kami sentiasa terkini,  namun penerangan produk, saiz produk, imej produk dan kandungan yang  tertera mungkin berubah pada saat anda membuat pesanan. Senarai  kandungan dan maklumat kandungan yang tertera di website kami diambil  secara terus dari cetakan bungkusan dan kemasan produk itu sendiri.  Kami tidak bertanggungjawab sekiranya maklumat yang dicetak adalah salah atau tidak tepat. Kami juga tidak melantik sebarang pihak ketiga  untuk memastikan kesahihan kandungan produk tersebut.

Pesanan Secara Online

Apabila anda membuat pesanan secara online, anda akan dibantu oleh  arahan-arahan mudah di laman web kami. Anda boleh melihat pesanan anda,  dan memastikan pesanan tersebut adalah betul sebelum pesanan tersebut  dihantar kepada kami. Pesanan boleh dihantar dengan menekan ikon butang ‘submit’ di hujung proses pesanan online. Sebaik sahaja anda  menghantar pesanan kepada kami, kami akan menghantar satu email  pemberitahuan yang menyatakan maklumat pesanan dan jumlah pembayaran. Anda juga boleh menyimpan invois dalm bentuk pdf.

Kami berhak untuk tidak menjual dan/atau menghapuskan  akaun anda tanpa sebarang notis sekiranya anda melanggar mana-mana  Terma dan Syarat yang dinyatakan, atau jika bagi kami itu adalah  tindakan terbaik yang boleh dilakukan untuk kepentingan Manjakaki Foot Reflexology & Spa.

Sekiranya kami tidak dapat memenuhi  pesanan anda atas sebab-sebab tertentu, kami akan menghubungi anda  melalui email atau telefon secepat mungkin.

Pembayaran

Pembayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan matawang Ringgit Malaysia (RM). Pembayaran boleh dilakukan melalui pindahan wang melalui internet atau ATM, mesin deposit tunai atau di kaunter bank yang dinyatakan.  Sila maklum bahawa kami tidak menghantar  sebarang email / sms / surat yang meminta anda memberikan maklumat akaun bank yang sensitif seperti  kata nama pengguna dan kata laluan. Sebaik sahaja anda melakukan pembayaran, sila maklumkan kepada kami NO. INVOIS, TARIKH, MASA, NAMA BANK dan JUMLAH WANG yang anda masukkan secepat mungkin sama ada melalui EMAIL (sales@manjakaki.com.my). Tempoh pembayaran ialah tiga (3) hari bekerja selepas tarikh invois dikeluarkan. Selepas tempoh tersebut, invois akan terbatal secara automatik.

Pemprosesan pesanan

Pesanan hanya akan diproses sebaik sahaja kami menerima pembayaran dari pelanggan.

Penghantaran & Pengambilan

Kami akan menghantar pesanan anda menggunakan perkhidmatan POS LAJU atau anda mengambil sendiri daripada mana-mana cawangan MANJAKAKI FOOT REFLEXOLOGY yang berdekatan. Kami tidak akan menghantar kuopon melalui pos. Sila bawa bukti pembayaran serta invois (resit) di mana-mana kedai Manjakaki yang berdekatan untuk pengambilan kuopon yang anda beli.

Senarai kedai Manjakaki Foot Reflexology & SPA :

  1. Pasaraya Tesco Ampang,
  2. Pasaraya Tesco Kepong
  3. Pasaraya AeonBig Kepong
  4. Pasaraya AeonBig Wangsa Maju.
  5. Pasaraya AeonBig Subang Jaya
  6. Pasaraya AeonBig BTHO Cheras
  7. Pasaraya Giant Kota Damansara
  8. Pasaraya Tesco Kajang
  9. Pasarata Tesco Klang
  10. Pasaraya Tesco Setia Alam
  11. Pasaraya Tesco Seremban 2
  12. Pasaraya Tesco Pusat Bandar Puchong
  13. Pasaraya Tesco Mutiara Damansara
  14. Pasaraya IOI Puchong
  15. Pasaraya Ampang Point
  16. Pasaraya Citta Mall Ara Damansara
  17. Pasar Seni (Central Market)
 

Penerimaan

Sila pastikan anda/wakil anda berada di rumah untuk menandatangani bungkusan produk yang dihantar. Sekiranya tiada sesiapa untuk menandatangani, bungkusan produk tersebut akan dihantar dan disimpan di pejabat pos yang berdekatan dengan alamat penghantaran anda. Anda boleh menuntut pesanan anda di pejabat pos tersebut.

Pembatalan

Sekiranya anda ingin membatalkan pesanan  anda, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin dan kami akan maklumkan semula kepada anda sama ada pembatalan ini boleh dilakukan atau  tidak. Ini kerana produk anda mungkin telah dihantar pada waktu tersebut.  Sekiranya produk belum dihantar, invois anda akan dibatalkan dan wang anda akan dipulangkan sepenuhnya. Nombor akaun anda akan diperlukan untuk pemulangan wang.

Harta Intelektual

Segala isi kandungan laman web ini, e-commerce dan blog termasuklah teks, artikel, grafik,  logo, ikon butang, imej, foto dan kompilasi data adalah hak milik  Manjakaki Foot Reflexology & Spa dan dilindungi oleh undang-undang Malaysia dan  antarabangsa. Pengecualian adalah untuk nama produk dan cap dagangan yang mana ianya adalah hakmilik pengeluar produk. Segala isi kandungan laman web ini tidak boleh digunakan,  disalin, ditiru, dihasilkan semula, dijual, dijual semula, diubah atau  dieksploitasi sama ada sebahagian atau keseluruhan, untuk apa tujuan  sekalipun, tanpa meminta kebenaran kami terlebih dahulu.

Link ke website kami

Anda boleh meletakkan link ke website kami dengan syarat ia dilakukan secara adil dan sah dan tidak merosakkan reputasi kami atau mengambil kesempatan ke atas nama kami.

Pamplet, katalog dan keratan akhbar/majalah

Segala pamplet, katalog dan keratan akhbar/majalah yang dipaparkan adalah  seperti cetakan asal. Segala isi kandungan dan maklumat yang dipaparkan  adalah di bawah tanggungjawab pengeluar asal.

Maklumat peribadi anda

Dengan mendaftar maklumat anda di laman web kami, anda bersetuju  bahawa maklumat yang diperlukan tersebut adalah benar, tepat dan  terkini. Anda boleh mengemaskini maklumat anda melalui My Account. Anda  hendaklah bertanggungjawab terhadap akaun dan kata laluan anda. Anda bersetuju untuk menerima tanggungjawab terhadap segala  aktiviti yang berlaku menggunakan akaun dan kata laluan anda. Sekiranya  anda percaya bahawa akaun dan kata laluan anda digunakan oleh orang lain, atau dengan apa  cara sekalipun tanpa izin anda, sila maklumkan kepada kami secepat  mungkin. Anda bersetuju untuk tidak menyamar sebagai orang lain atau  menggunakan nama palsu. Anda boleh membatalkan akaun anda bila-bila  masa sahaja.

Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau perkara yang ingin dibincangkan berkaitan produk yang dijual atau perkhidmatan yang kami sediakan, sila hubungi kami di: sales@manjakaki.com.my atau dimana-mana kedai perkhidmatan Manjakaki.

Am

Anda hendaklah faham dan bersetuju bahawa Terma dan Syarat ini akan merangkumi perjanjian yang lengkap dan eksklusif di antara anda dan kami yang melibatkan penggunaan dan urusan jual beli di laman web kami. Kami berhak untuk mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa dengan mengubahnya secara terus di ruangan ini.



Contact us

Opening Hours
10am - 6pm
Monday - Saturday
Excludes public holiday

Phone:+603-42668366

Contact our hotline